SELAMAT DATANG

Navigation : My Bloggie



Assalamualaikum . . .


BISMILLAH







"AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)!

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

PENULISAN KREATIF

L I K E
Assalamualaikum! Kami dari kumpulan 2 akan mengendalikan blog ini untuk ANDA semua :)



BAB 12 : NADA

Istilah nada (tone) ialah suasana perasaan atau 'mood' yang terdapat pada karya penulisan kreatif. Ia juga memperlihatkan pembawaan penulisan terhadap khalayak. Dalam penulisan kreatif ada dua bentuk nada yang berlawanan iaitu nada optimis dan nada pesimis. Terdapat pelbagai jenis-jenis nada dalam kedua-dua nada ini antaranya ialah:

Nada Optimis

Romantis
Nada ini mengandungi unsur kelembutan dalam bahasa, gaya dan penghayatan. Gaya bahasanya puitis dan berbunga-bunya, mendayu-dayu dan banyak menggunakan perkataan yang menerapkan unsur-unsur keindahan alam. Selalunya karya yang bertemakan cinta.

Lucu atau humor
Lucu lazimnya mengaitkan kita kepada perkara-perkara yang menggelikan hati yang boleh membuat seseorang itu ketawa. 

Satira (Sindiran, kiasan, kecaman)
Nada satira ialah nada yang melucukan, tetapi dalam kelucuan itu terkandung sindiran yang berbagai-bagai bentuk tajam dan menghiris, tepat dan memalukan yang boleh melukakan perasaan pihak yang disatirakan (yang diperkatakan).

Sinis
Sindiran yang tajam tetapi tidak mengandungi unsur ejekan atau celaan dan lucu.

Serius
Nada serius ialah nada yang lahir daripada keseriusan karya yang membawa persoalan yang berat yang menghendaki penelitian dan pemikiran yang mendalam dan bersungguh-sungguh seperti penerapan tentang berbagai-bagai falsafah dan lain-lain.

Nada Pesimis

Seram (honor)
Nada seram diakibatkan daripada perasaan takut, gerun dan ngeri yang terdapat dalam peristiwa yang ditampilkan dalam karya termasuklah cerita-cerita hantu seperti Dracula, pontianak dan sebagainya.

Ironi, ironik
Istilah ironi bermakna perkataan yang bercampur antara kelucuan dan kepahitan yang diucapkan untuk menampilkan makna yang berlawanan.

Sinis
Nada ini ialah sindiran yang tajam tetapi tidak mengandungi unsur ejekan atau celaan dan lucu.

Sarkasrik
Satu pencelaan yang mengandungi ejekan, cemuhan dan penghinaan yang menyebabkan mangsa menjadi marah dan sakit hati.

Tempelak
Nada tempelak adalah satu jenis nada yang lumrah terdapat dalam karya-karya kreatif. Nada tempelak sama seperti nada sinis, ironi dan sarkastik sering digunakan dalam percakapan seharian. Contoh ayat : bila sudah terantuk baru terngadah, seperti dalam peribahasa Melayu.

Melankolik (Sayu, hiba, sedih, rawan, walang)
Ia adalah pembauran daripada rasa sayu, sunyi, hiba, rawan, murung, sendirian dan terasing yang menekan perasaan dan menjadikan rasa tidak bersemangat.

Nostalgik
Istilah ini memaknakan imbauan ingatan terhadap masa silam yang tidak mungkin dihadirkan lagi dalam kehidupan seseorang. Ingatan itu lazimnya ada kaitan dengan peristiwa-peristiwa yang penting yang pernah dialami oleh seseorang. 











Post a Comment