SELAMAT DATANG

Navigation : My Bloggie



Assalamualaikum . . .


BISMILLAH







"AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)!

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

PENULISAN KREATIF

L I K E
Assalamualaikum! Kami dari kumpulan 2 akan mengendalikan blog ini untuk ANDA semua :)


Bab 9 – GAYA PENYAMPAIAN

Gaya atau stail penyampaian memakanakan bagaimana pengarang menyampaikan idea, ilham, inspirasi, bahan, watak, plot, latar dalam keseluruhan karyanya.

Gaya penyampaian boleh dilihat dari 2 pecahan yang utama yang saling kait mengait iaitu:
* Teknik penyampaian
* Gaya Bahasa

Teknik Penyampaian
Teknik penyampaian ialah bagaimana cara penulis atau pengarang menyampaikan atau membentangkan karyanya. Cara ini adalah pemandangan keseluruhan karya yang menjadi identity seseorang penulis. Teknik ini terbahagi kepada 2 cara iaitu:
* Naratif
* Deskritif

Naratif
Naratif bermakna tukang cerita memberitahu peristiwa atau kejadian benar ataupun peristiwa yang direka olehnya kepada para pendengan atau pembaca. Peristiwa atau kejadian yang diceritakan itu meliputi sependek-pendek peristiwa seperti ‘Dia memijak seekor semut’ hinggalah kepada peristiwa yang terkandung dalam sebuah buku seperti sebuah lagenda, biografi dan seumpamanya. Teknik penceritaan secara naratif ini boleh dilakukan melalui dua acara iaitu naratif orang pertama atau first person narrator dan naratif orang ketiga yang serba tahu atau omniscient narrator.

Deskriptif
Istilah ini diambil dari kata asal describe yakni menerangkan sesuatu dengan sejelas-jelasnya. Justeru deskriptif bermakna cara memberikan gambaran yang tepat dan lengkap seperti dalam sebuah gambar. Ini bererti pembaca tidak perlu menggunakan daya imaginasinya lagi untuk membantu melihat gambar tersebut.

Gaya Bahasa
Gaya bahasa adalah nadi yang mendenyut dan menghidupkan karya. Apa pun tema, persoalan, pokok pembicaraan yang disampaikan tanpa menggunakan gaya bahasa yang menarik, sesebuah karya itu tidak akan menjadi sebuah karya yang baik. Lazimnya dalam gaya bahasa atau stail yang digunakan bagi tujuan penyampaian karya dapat dilihat menerusi dua ciri umum iaitu:
* Gaya bahasa dalam karya
* Gaya bahasa mengikut aliran, zaman, period kesusasteraan.

Gaya Bahasa dalam Karya
Dalam gaya bahasa dalam karya, penggunaannya tidak mengikut aliran dan waktu-waktu tertentu. Ia dilihat sebagai fenomena biasa dalam sesebuah karya yang boleh dilakukan oleh seseorang penulis atau pengarang sesuka hatinya dalam karya mereka. Antara gaya bahasa biasa itu ialah:
  
1) Puitis
Menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, lembut dan mendayu-dayu. Gaya bahasa ini seperti memberikan gambaran yang sangat berlebih-lebihan kepada sesuatu perkara yang hendak diperkatakan. 

2) Klise
Sejenis gaya bahasa cliche yang tidak berupaya memberikan kesan sama ada secara spontan ataupun selepasnya. Gaya bahasa begini boleh dianggap sebagai gaya Bahasa yang tidak hidup.

3) Stereotaip
Istilah ini memaknakan tidak adanya perubahan yang membezakan gaya penulisan seperti daripada yang lama kepada yang baru, ataupun daripada biasa kepada luar biasa. Ia juga tidak ada variasi atau kepelbagaian.

4) Menagih Simpati
Tagih simpati (self-pity) ialah sejenis gaya yang memberikan keterangan dan gambaran yang memeras atau memerah emosi khalayak dengan cara yang berlebih-lebihan.

5) Mengheret
Mengheret (dragging) ialah istilah yang memaknakan gaya bahasa yang banyak menggunakan keterangan yang sengaja dipanjang-panjangkan oleh pengarang. Ia cepat menimbulkan perasaan bosan kepada khalayak.

6) Khutbah
Perkataan khutbah bererti menyampaikan ucapan di atas mimbar masjid ketika diadakan solat Jumaat dengan tujuan memberikan peringatan kepada para Jemaah supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Lazimnya gaya khutbah ini terjadi disebabkan pengarang ghairah hendak memasukkan fikiran, falsafah, wawasan dan pendapat peribadinya.

7) Konvensional
Merupakan gaya yang sudah biasa digunakan oleh para penulis yang terdahulu khususnya oleh para pengarang selepas perang hingga dekad 1960-an. Ia adalah campuran dari gaya puitis, mengheret, khutbah, penglibatan diri dan klise.

8) Pelibatan diri
Merupakan campur tangan penulis dalam karyanya. Di sini pengarang seperti berdiri pada satu penjuru dan memberikan setiap pandangan dan pemikiran secara langsung sama ada menerusi teknik naratif atau sebagai juruulas kepada satu-satu peristiwa pilihan yang terdapat dalam karya.

9) Bombastik
Ia bermakna penggunaan pilihan perkataan yang bunyinya berdegar-degar tetapi hakikatnya kosong, tidak ada apa-apa. Ia juga kelihatannya seperti bahasa yang menakjubkan, sebenarnya tidak mengandungi apa-apa makna.

10) Pengulangan
Gaya pengulangan (anaphora) terbahagi kepada dua jenis yang berbeza. Pertama bermaknakan pengulangan isi ataupun peristiwa yang hamper sama antara satu sama lain. Kedua gaya pengulangan yang menjadi kecenderungan semasa pada satu-satu waktu oleh beberapa orang penulis.

11) Ekonomi Perkataan
Istilah ekonomi perkataan memaknakan penggunaan perkataan atau diksi yang dihadkan dan tidak berlebih-lebihan dalam karya.

12) Panoramik
Perkataan panoramic berasal dari panorama iaitu pembentangan pemandangan alam. Gaya ini adalah kesinambungan dari gaya penceritaan dalam karya tradisional yang menggunakan konsep kepengembaraan bagi mengembangkan plotnya.

13) Plastik
Istilah plastik diambil dari istilah pop art – popular arts dalam bidang seni lukis atau seni tampak. Gaya bahasa plastik samalah dengan objek plastic yang tidak mempunyai tona-tona warna.


Gaya Bahasa Mengikut Zaman, Aliran dan Period

Antara gaya pada setiap aliran dan zaman ini terdapat perbezaan tertentu. Perbezaan yang ketara ialah pada struktur ayat-ayat, pemilihan perkataan dan keberkesanannya. Antara zaman-zaman yang memperlihatkan gaya bahasa berlainan ialah:

1) Klasisme
Gaya bahasa atau stail penyampaian aliran Klasisme berbentuk deskriptif dan gaya bercerita ‘storyteller’. Ia tidak menampilkan sebarang kesan emosi dan apa-apa jua perkara yang menimbulkan keberkesanan seperti unsur kepancainderaan, movement dan aliran perasaan.

2) Romantisme
Gaya bahasa aliran Romantisme ini biasanya menggunakan ayat-ayat yang panjang dengan penggunaan perkataan sendi yang banyak, perkataan yang dipilih berbunga-bunga dan mendayu-dayu.

3) Realisme
Aliran Realisme bermula dalam karya-karya selepas perang malah seawa akhir dekad 1940-an dan 1950-an. Ayatnya lebih pendek dan jarang menggunakan perkataan puitis, langsung kepada maksud (direct to the point).

4) Naturalisme
Gaya aliran Naturalisme  lebih kurang sama dengan gaya aliran Realisme, Cuma gaya aliran Naturalisme ini bukan sahaja sudah tidak ada ciri-ciri kesantunan, malah sudah hilang rasa hormat dalam karya.

5) Surealisme
Dalam penulisan kreatif, pemandangan surrealis ini memang sukar hendak diperlihatkan melainkan dengan penggunaan pilihan perkataan sahaja. Perkataan-perkataan yang digunakan adalah perkataan yang jijik, memualkan dan membencikan untuk membacanya.

6) Absurdisme
Absurd adalah satu istilah yang muncul dengan bersumberkan pemikiran eksistensialis Albert Camus (1913-1960), seorang pengarang Peranchis kelahiran Nigeria. Gaya bahasa absurd menguasai karya-karya penulisan kkreatif di Peranchis yang menolak gaya penulisan konvensional yang mengandungi unsur-unsur tradisional dengan gaya absurd yang baru dalam karya-karya berbentuk Nouveau Roman sekitar 1950-an.



Post a Comment