Bab 7: Teknik Penulisan Keseluruhan (bhg.1)
Lazimnya sebuah karya fiksyen seperti cerpen dan novel, secara konvensional boleh dikaji dalam dua jenis kajian iaitu kajian intrinsik dan kajian ekstrinsik.
|
Ciri-ciri Ekstrinsik dan Intrinsik |
Manakala teknik penulisan secara keseluruhan mempunyai 19 teknik. Para penulis yang berwibawa akan berikhtiar mengunikkan karyanya dengan kepelbagaian teknik penulisan. Ada antara teknik-teknik ini yang boleh dijadikan identiti seseorang penulis.
Teknik penulisan adalah tulang belakang kepada sesebuah karya.
|
Kesemua sembilan belas teknik penulisan. |
Dialog
Dialog merupakan percakapan atau pertuturan yang lazimnya
berlaku antara dua orang atau lebih.
Fungsi dialog:
- Pelengkap dalam peristiwa-peristiwa pilihan
- Meredakan ketegangan
- Memperkenalkan watak
Penggunaan dialaog dalam karya hendaklah tepat, jitu dan
ringkas. Elakkan pengguanaan bahasa pasar dan bahasa harian mengikut pelat
kedaerahan.
Monolog dalaman ialah percakapan dalam diri yang tidak
dizahirkan secara pertuturan.
- Alat menghadirkan konsep ruang dan masa
- Menghidupkan watak melalui naluru, psikologi dan
spiritual
- Lebih ringan dari arus kesedaran dan soliloke
Arus
kesedaran memaknakan aliran fikiran yang berterusan dalam minda manusia tentang persepsi, falsafah,
ingatan yang ada hubung kait dengan pandangan hidup , merangkumi ikhtiar untuk
hidup.
Satu
kejadian yang muncul dalam minda seseorang ketika dia sedang tidur.
Kejadian mimpi dalam karya fiksyen boleh dibahagi-bahagikan kepada
beberapa jenis.
- Mimpi yang membawa tanda atau alamat yang
konvensional. Seseorang yang bermimpi gigi sebelah
atasnya tercabut alamat ada keluarga
sebelah bapa yang meninggal.
- Mimpi yang membawa makna terbalik. Sesorang yang bermimpi salah seorang teman
rapat mati, alamatnya teman itu akan panjang umur
- Mimipi peribadi seseorang yang tidak sama
takdirnya dengan mimipi orang lain.
- Mimpi ngeri, yakni mimpi yang menakutkan
Bayangan
akan datang
Bayangan
akan datang bererti menampilkan satu-satu isyarat, alamat, tanda-tanda
pembayang dan kias yang bakal terjadi dalam masa terdekat. Bayangan akan datang
boleh disalurkan ke dalam karya menerusi beberapa motif:
- Motif psikologi
- Motif memasukkan wawasan kesedaran kebudayaan
dan kesedaran Melayu
- Motif takdir
Berasal
daripada perkataan Yunani yang membawa maksud penampilan, penyalinan dan
peniruan kembali idea, peristiwa, kejadian, watak, perbuatan, falsafah,
pandangan hidup dan konsep dari model aslnya atau prototaip.Tujuan
memasukkan arketaip dalam karya.
- Menerapkan nilai estetika
- Menampilakn unsur intelektual yang padat dengan
pengetahuan sampingan dan fasafah
- Menampilkan kelainan dari karya-karya yang
konvensional dan terkeluar dari ciri-ciri sterotaip.
- Mempersiratkan implikasi-implikasi tertentu
seperti implikasi agama, faslasfah, psikologi dan politik.
- Teknik yang sangat sesuai bagi menulis cereka
mimpi.
Imej
Imej
bermaksud gambaran atau refleksi atau pencerminan peribadi, sifat, tabiat,
fikiran seseorang manusia dan gambaran bentuk, warana, texture atau sifat
sesuatu objek.
Cerita
dalam karya yang mempunyai makna pendua , yakni makana luaran di permukaan dan
makna dalam yang tersembunyi yang hampir sama dengan teknik simbol dan metafora.
Sejenis
bahasa pengucapan yang memuat perbandingan antara satu perkara dengan satu
perkara yang lain. Lazimnya menggunakan perkataan-perkataan ini; seperti, ibarat, bagai, macam, dan umpama.
Fungsi simile:
- Memasukkan unsur indah
- Memperlihatkan ketepatan imej atau sifat luaran sesuatu peristiwa yang dibandingkan dengan sifat objek tertentu.
- Menampilakan unsur-unsur kesedaran budaya terutama dengan penerapan perkataan-perkataan perbandingan yang unik dalam masyarakat Melayu
Metafora
Dalam pengucapan metafora terdapat sesuatu perkara yang sengaja diserupakan kepada satu perkara lain, satu idea ataupun satu perlakuan. Penggunaanya adalah secara langsung dengan perkara yang hendak diserupakan.
Simbol
Perkataan yang simbolik adalah perkataan yang kontatif , yang mempunyai kepelbagaian makna dan tanggapan.
Terdapat dua jenis simbol secara umum;
- simbol sastera
- simbol bukan sastera
Simbol bukan sastera tidak membawa makna konotataif dan mempunyai pelbagai simbol seperti dalam subjek matematik dan sains.
Manakala simbol sastera adalah penggunaan perkataan yangyang mempunyai imej yang berkonsep.
Post a Comment