SELAMAT DATANG

Navigation : My Bloggie



Assalamualaikum . . .


BISMILLAH







"AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)!

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

PENULISAN KREATIF

L I K E
Assalamualaikum! Kami dari kumpulan 2 akan mengendalikan blog ini untuk ANDA semua :)


Bab 7: Teknik Penulisan Keseluruhan (bhg.2)

Sebelum ini, kita telah membicarakan sebanyak sembilan teknik penulisan keseluruhan dan dalam entri pada kali ini, sepuluh teknik penulisan keseluruhan akan dibincangkan.

Personafikasi

Istilah ini bermaksud memasukkan sifat, perbuatan, aktiviti manusia dalam watak-watak yang bukan manusia.
Dr. Lloyd Fernando menyatakan bahawa karya yang menggunakan teknik personafikasi tidak wajar diklasfikasikan sebagai karya yang baik kerana katanya tidak mungkin ada manusia yang benar-benar memahami watak-watak yang bukan manusia itu secara psikologi, secara mental dan spiritual.
Oleh itu, penulis sewajarnya membuat studi yang mendalam tentang haiwan atau objek yang hendak digunakan.

Jukstaposisi

Jukstaposisi bermaksud menempatkan dua perkara sebelah menyebelah dengan tujuan yang diterbalikkan.
Dalam teknik ini, penulis menampilkan seorang watak lain yang selalunya antagonis yang sengaja dihitamkan perwatakannya supaya segala sifat negatif itu boleh dijadikan perbandingan dengan watak pratogonis yang hendak diputihkan.

Im Media Res

Berasal daripada istilah Greek yang bermaksud 'berada di tengah-tengah perkara'. Penulis akan memulakan cerita pada bahagian tengah cerita.
Fungsi utamanya ialah memadatkan ruang yang luas ke dalam jangka masa yang lebih pendek.

Realisme Magis

Realisme magis hanya boleh diterapkan oleh penulis yang mempunyai daya imaginasi dan daya fantasi yang kuat.
Kelebihan teknik ialah tidak boleh ditakwilkan walau seaneh dan sepelik mana pun penulis atau pengarang berlegaran dengan alam fantasi dan imaginasinya.

Suspens

Suspens bermaksud keadaan yang tertanya-tanya bercampur keinginan hendak tahukan sesuatu perkara yang akan berlaku dalam satu-satu cerita yang sukar diramalkan.
Teknik suspens menjadi daya tarikan dalam karya untuk mengajak khalayak mengikuti cerita selanjutnya.

Surat

Sepucuk surat kiriman wajar dijadikan sebuah novel yang lengkap.  
Antara kelebihan teknik surat kiriman:
  1. Tatabahasa tidak dititikberatkan sama seperti menulis surat peribadi
  2. Plotnya boleh terputus dan dicantumkan di mana-mana
  3. Permulaan cerita boleh dibuat di mana-mana episod, tidak semestinya mengikut urutan

Wasiat dan Pesanan 

Wasiat ertinya kehendak dan kemahuan yang ditulis atau diucap oleh seseorang untuk dilaksanakan oleh pihak yang diamanahkanwasiat itu.
Kelebihan teknik wasiat dan pesanan ini sama dengan teknik surat.

Diari dan Buku Catitan

Diari dan buku catitan merupakan teknik yang termudah bagi menulis cerpen dan novel. Teknik yang termudah yang dimaksudkan ialah:
  1. Penulis tidak perlu memikirkan sekuens plot dan jalan cerita
  2. Tidak terikat dengan pembentukan dan pengembangan watak
  3. Tidak perlu memikirkan ruang dan masa yang perlu diambil kira seperti karya biasa
  4. Bebas menulis apa sahaja
  5. Bebas daripada tatabahasa
Namun penulis harus berhati-hati dengan tarikh (walaupun tarikh palsu) waktu dan latar susana disamping teliti dalam menyusun peristiwa tarikh dan perkembangan dan pertalian di antara satu peristiwa dengan peristiwa lain.

Karangan Berangkap

Memasukkan karangan berangkap seperti pantun,syair, seloka dan sajak merupakan daya penarikan dalam karya.
Dalam karya fiksyen kontemporari, penggunaan pantun dan syair ditukar kepada sajak yang disesuaikan dengan keadaan cerita.
Tujuan utama memasukkan sajak ini selain daripada menguatkan cerita dan sebagai sisipan kalimat-kalimat berirama yang dapat memberikan unsur indah ialah sebagai mengukuhkan sesuatu pernyataan.

Pewarnaan Tempatan atau Local Colouring

Unsur-unsur tempatan cuba diterapkan dalam teknik ini bagi menggambarkan keunikan masyarkat, suku kaum dan bangsa berkenaan. Ragam dan rencaman kehidupan orang-orang Melayu di setiap buah negeri di negara ini dapat dibezakan melalui pakaian, makanan dan tabiat.
Antara unsur perwarnaan tempatan meliputi
  • nama, darjat dan warisan
  • bahasa dan pertuturan
  • makanan
  • buah-buahan, sayuran dan ikan
  • pakaian
  • alat-alat dan senjata
  • kepercayaan dongeng
  • permainan tradisional
Kesimpulannya, teknik penulisan berperanan untuk membangunkan, menghidupkan dan memberi nyawa kepada karya. Inilah yang membezakan daya kepenulisan seorang penulis dengan penulis yang lain.

Post a Comment