SELAMAT DATANG Assalamualaikum . . . BISMILLAH "AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)! PENULISAN KREATIF
|
Sebagai penulis kreatif harus menganggap
dirinya sebagai seorang tukang cerita, atau jurucerita atau pakar cerita. Apa
yang perlu disediakan untuk menulis
sebuah karya kreatif? Seorang penulis
hanya perlu yakin akan bakat yang ada sama ada bakat biasa atau bakat alam,
kelengkapan kriteria-kriteria sebagai seorang
penulis, pancaindera yang lengkap, sumber ilham dan pengetahuan sampingan.
Terdapat kaedah atau metode yang
digunakan untuk bagaimana cara hendak memasukkan bahan, idea, ilham dan
inspirasi dalam sesebuah karya. Terdapat empat konsep daripada konsep utama
iaitu:
Terdapat lima kaedah
yang sering digunakan dalam penulisan karya iaitu:
Konversyen
secara langsung
Kaedah ini ialah satu cara menurunkan sesuatu idea, ilham, bahan, inspirasi yang tercetus dalam minda hasil dari lontaran kembali apa-apa yang dilihat, didengar dan dialami, ke dalam karya dengan keadaan dan bentuk yang asal. Keaslian sesuatu fakta itu sekiranya ia sebagai satu peristiwa, apa yang dikekalkan ialah watak atau orang yang terlibat, tarikh kejadian, tempat kejadian, suasana pada waktu kejadian, keadaan objek-objek lain waktu kejadian serta pemandangan secara keseluruhan. Keterperincian yang dikekalkan ini memenuhi penggunaan pancaindera yang lima yang boleh dilihat, didengar, dibaui, dirasai dan disentuh. Kaedah ini memerlukan daya pengamatan yang baik dan memerlukan kepakaran dalam menggunakan perkataan dan memiliki pancaindera yang lengkap dan sempurna untuk mengajuk bunyi, memperjeniskan warna, bau, bentuk dan penamaan-penamaan objek yang ditampilkan.
Konversyen
secara tidak langsung
Cara ini untuk mengubah, merombak, meminda, menokok-tambah dan membuang terus sebahagian daripada idea, bahan, ilham, dan inspirasi yang didapati daripada mana-mana peristiwa yang tercetus dalam minda. Dalam kaedah ini, penulis bebas melakukan apa-apa sahaja yang diinginkan seperti mengekalkan nama-nama watak, objek asal, atau menukarkan objek-objek dan watak-watak. Namun, rombakan ini tidak sampai melenyapkan asas originaliti bahan atau idea sebenar. Kaedah ini digunakan idea tambahan dari penulisnya. Dengan perkataan yang lain idea asal hanya digunakan sebagai idea asal sahaja.
Kaedah
transformasi
Transform,
dalam istilah bahasa Inggeris bermakna penukaran bentuk, rupa, keadaan dari
yang asal kepada yang baru dan berlainan dari yang asal. Segala bahan, ilham,
idea, dan inspirasi yang didapati ditukarkan kepada apa-apa bentuk yang lain
yang tidak mempunyai keaslian lagi dengan yang asalnya. Kebanyakkan penulis
yang menggunakan kaedah ini oleh para penulis yang suka membuat eksperimen.
Selain itu, kaedah ini juga digunakan untuk menampilkan karya yang berunsurkan
abstrak dan ekspresionistik.
Kaedah ini membuka peluang untuk berkecimpung dalam menulis karya absurd dan yang ada kaitan dengan falsafah eksistensialisme ataupun karya-karya yang berkonsepkan sublimiti dan metafizik. Penulis mempunyai kebebasan mutlak untuk menjelmakan bentuk, rupa, imej, penampilan dan makna yang baru daripada idea asalnya. Penggunaan kaedah ini lahirnya karya-karya yang bercorak cereka mimpi atau fiksyen mimpi yang tidak dapat ditakwilkan. Kaedah transformasi ini bergantung pada pengetahuan sampingan dan imaginasi yang tinggi yang menjangkaui alam fantasi kerana kaedah ini perlu penerapan bahan-bahan yang berlambangkan arketaip dan berciri keintelektualan yang hanya dapat digarap menerusi teori intertekstualiti.
Kaedah
interteks
Interteks sebagaimana
pengertian pada teori intertekstualiti ialah suatu karya kreatif yang membuat
pengambilan atau adaptasi idea dari kandungan beberapa karya lain khususnya
teks-teks berunsur agama, falsafah, sejarah, psikologi, politik, kesusasteraan
dan sains.
Kaedah
interteks juga memberikan kebebasan kepada penulis, mengutip, mengambil,
menyedut idea-idea dari teks-teks lain seberapa banyak yang dikehendakinya
dengan syaratnya penulis harus mengekalkan idea sumber asal. Justeru, apabila
karya itu dibaca, segala pengambilan, petikan dan sedutan itu akan mengaitkan pengetahuan
mereka terus kepada sumber asal. Seterusnya kaedah interteks bertujuan dipakai
oleh seorang penulis bagi memberi bayangan sama ada persamaan antara peristiwa-peristiwa
yang terdapat dalam teks-teks yang terdahulu yang berlaku dan ditulis ribuan
tahun dahulu masih releven dengan kehidupan ketemporari. Kaedah ini menampilkan
teknik arketaip dan kepelbagaian implikasi dalam karya.
Imitasi
Cuddon, J.A. memberikan
tiga makna imitasi iaitu:
Dengan makna imitasi
tersebut, kaedah imitasi adalah kaedah yang tidak sihat. Namun apa dianjurkan
ialah pemakaian kaedah imitasi dalam skop yang sihat. Penganjuran ini adalah
pelunjuran dari falsafah Pluto, Art
imitates nature (seni adalah peniruan alam). Justeru yang diimitasikan
bukan menciplak, meniru mana-mana karya orang lain, bukan mengadaptasi gaya dan
stail nada dan pembawaan penulis lain, tetapi meniru, memciplak, memplagiat,
mengadaptasi nada, stail dan pembawaan secara langsung dari sumber asalnya, primary
source yakni ciptaan Allah S.W.T.
Cara terbaik meniru alam ialah dengan menjadikan alam ciptaan Allah S.W.T. sebagai model. Belajar, berinteraksi dengan alam, perhatikan segala pergerakan, bentuk, warna, bau, bunyi dan sifat-sifatnya. Malah, pelajari tamadun dan peradabannya, sejarah kejadian dan proses kewujudan dan ciri-ciri ikhtiar untuk hidupnya. Tirulah dari sumber yang asli ini. Inilah kaedah imitasi yang bukan membenarkan orang menciplak karya orang lain. Ciptalah karya yang mempunyai sesuatu yang belum pernah disebut dan ditulis oleh orang lain.
Kaedah
adaptasi
Adaptasi bermakna mengambil satu-satu bahan di dalam karya asalnya dan dijadikan sebuah karya yang lain. Adaptasi dilakukan terhadap novel, cerpen dan drama yang diubahsuaikan dan dijadikan sebuah drama tv. Hal ini berkaitan dengan pengarang atau penulis kerana sekiranya mengambil bahan daripada mana-mana karya harus meminta izin terdahulu dengan penulis kerana ini membabitkan hal hakcipta dan pembayaran. Adaptasi untuk karya fiksyen hanya boleh dilakukan terhadap karya-karya yang sudah diwartakan sebagai hak milik negara dan kesejagatan, yakni karya-karya yang sudah menjadi warisan budaya seperti karya klasik. |
Post a Comment