SELAMAT DATANG Assalamualaikum . . . BISMILLAH "AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)! PENULISAN KREATIF
|
Bab 11 Latar
Di dalam bab 11 mengisahkan tentang latar-latar yang
terdapat di dalam sesebuah novel atau cerpen. Antara latar yang terdapat dalam
sesebuah novel atau cerpen ialah latar tempat, latar suasana dan latar masa.
Latar ialah faktor yang menjadi latar belakang dalam sesebuah karya fiksyen
tidak mempunyai latar lengkap seperti drama pentas, namun latar masih tetap
relevan dalam karya.
Latar
Tempat
Latar tempat (setting)
ialah latar yang menjadi tempat berlakunya semua peristiwa pilihan dalam
karya. Kebiasaannya ia tidak dikhaskan hanya pada satu tempat sahaja. Namun ada
juga karya yang hanya menggunakan sebuah latar tempat seperti di dalam sebuah
rumah, di atas sebuah kapal, di dalam kampung, sebuah gua, sebuah pulau, di atas
gunung atau di dalam hutan. Terdapat juga karya yang menggunakan latar tempat yang
tidak wujud di alam duniawi, tetapi wujud di alam fantasi dan imaginasi penulis seperti di alam kayangan dan dalam mimpi mengikut kaedah penulisan dan teknik
penulisan.
Latar
suasana
Latar suasana terbentuk oleh beberapa faktor yang ada kaitan
dengan peristiwa pilihan dalam karya. Latar suasana boleh diterapkan dalam karya
sekiranya ia menyentuh faktor-faktor berikut:
1)
Faktor perasaan
2) Faktor udara atau cuaca
3) Faktor peredaran waktu
Latar
Masa
Latar masa dalam karya fiksyen terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu:
a) Latar masa yang menunjukkan waktu
Setiap peristiwa pilihan dalam karya
mempunyai latar masa tertentu seperti waktu pagi, tengahhari, petang, senja dan
malam.
b) Latar masa yang ada kaitannya dengan sejarah
Keseluruhan peristiwa dalam karya berkenaan
menggunakan satu latar masa yang khusus seperti latar masa Peperangan Dunia
Kedua, latar sebelum merdeka, latar tahun 1950-an 1960-an, 1970-an dan
seterusnya.
c) Latar masa mengikut kalendar
Hari-hari ataupun bulan-bulan tertentu yang
berulang-ulang pada setiap tahun seperti bulan Ramadhan , bulan Maulidurrasul
(rabi’ul-Awal), musim Haji, musim tengkujuhdan cuti sekolah.
d) Latar masa mengikut bencana alam
Latar masa yang dikenang oleh setiap orang
dan dianggap sudah diketahui umum sebagai peristiwa sejarah. Contohnya di
negeri Kelantan terdapat bencana alam yang sering disebut oleh orang tua-tua
seperti waktu bah air merah dan waktu angin besar. Di luar Negara pula seperti
di Indonesia pula ialah waktu letupan gunung berapi karakatua dan di Filipina
letupan gunung berapi Pinatubo.
|
Post a Comment