SELAMAT DATANG

Navigation : My Bloggie



Assalamualaikum . . .


BISMILLAH







"AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)!

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

PENULISAN KREATIF

L I K E
Assalamualaikum! Kami dari kumpulan 2 akan mengendalikan blog ini untuk ANDA semua :)


Apa itu PLOT?. Pasti ramai yang mengklasifikasikannya sebagai jalan cerita, peristiwa, kisah dan sebagainya. Oleh itu, entri pada kali ini akan membincangkan mengenai apa itu plot, jenis-jenis plot dan juga teknik penyampaian plot.

BAB 10 : PLOT




PLOT
Plot merupakan segala peristiwa, kisah dan riwayat pilihan yang dijalinkan dan dirancang bentuknya menjadi sebuah cerita dalam karya kreatif sama ada karya fiksyen atau klasik. Plot juga dianggap sebagai jalan cerita dan menjadi salah satu komponen penting dalam karya kreatif. Lazimnya, plot mempunyai tiga bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan dan penyelesaian.

JENIS-JENIS PLOT

Terdapat 10 jenis plot yang mempunyai peranan yang tersendiri.



Plot Dasar @ Besar
Rentetan peristiwa-peristiwa penting atau pilihan yang menjadi asas utama penjalinan sebuah cerita dari permulaan hingga ke penyelesaian cerita. Dianggap sebagai tulang belakang karya yang mementingkan plot. 

Plot Longgar
Plot longgar atau plot bercelurai ialah penerapan rentetan peristiwa yang tidak mempunyai kaitan kukuh antara satu dengan lain. Plot longgar banyak menggunakan plot-plot sampingan atau plot-plot kecil dengan tujuan untuk memanjangkan cerita. 

Plot Konvensional @ Kronologi
Plot jenis ini pula selalu memulakan cerita dengan menggunakan urutan plot a, b, c dan d hingga z (mengikut kronologi peristiwa). Plot ini lazimnya berbentuk kon iaitu ada peristiwa atau urutan plot yang mendaki hingga mencipta klimaks dan urutan menurun yang membawa kepada penyelesaian. Plot konvensional juga banyak bergantung kepada teknik sebab dan akibat, peristiwa secara kebetulan dan ada juga yang menjadikan unsur takdir atau nasib sebagai penyelesaian.

Plot Organik
Sebuah plot yang kompak, yang penuh dengan urutan peritiwa-peristiwa yang berkait rapat antara satu dengan lain. Jika salah satu daripada peristiwa itu ditiadakan, maka plotnya akan tersekat dan tergantung dan menjejaskan urutan jalinan plotnya. Plot organik ialah jenis plot yang terbaik bagi karya fiksyen moden yang mengutamakan konsep ruang dan masa dengan menggunakan teori-teori sampingan seperti psikologi dan falsafah. 

Plot Kusut
Plot kusut mempunyai banyak peristiwa pilihan yang berkait rapat antara satu dengan lain. Akan tetapi susunan peristiwa-peristiwa itu tidak mengikut kronologi hingga menyukarkan pembaca untuk menggaluri plot dasarnya. Penggunaan ruang dan masa yang banyak dengan kepelbagaian teknik seperti imbas kembali, sorot balik, arus kesedaran, bayangan akan datang dan memoir. 

Plot Zig-Zag
Penyelesaian cerita dijadikan permulaan plot kemudian diikuti dengan peristiwa a, b, c dan seterusnya. Plot zig-zag ialah plot yang mempunyai peristiwa yang sepatutnya didahulukan, diundurkan ke belakang dan kemudian berputar balik ke hadapan semula. Sebagai contoh, penulis memulakan karya dengan kematian watak utama. Jika watak utama sudah dimatikan, cerita akan tamat di situ tetapi penulis menyambung cerita kehidupan watak dengan menggunakan teknik imbas kembali.

Plot Episodik
Plot episodik ialah gabungan beberapa peristiwa pilihan yang boleh berdiri sendiri. Setiap peristiwa yang digabungkan itu mempunyai plotnya sendiri dan hanya kaitan dengan peristiwa yang lain melalui watak-watak, latar tempat dan aktiviti watak-wataknya. 

Plot Kecil
Plot kecil (sub-plot) ialah plot sampingan yang menjadi cabang pada plot dasar. Plot kecil berfungsi sebagai pelengkap peristiwa-peristiwa pilihan bagi plot besar. Bagi karya yang menampilkan plot organik, plot kecil memainkan peranan penting dan tidak boleh ditiadakan. 

Plotless
Plot yang tidak mempunyai plot dasar dengan pengutamaan kepada peristiwa-peristiwa pilihan dalam karya. Mengandungi komponen plot kecil dan plot sampingan yang berselirat malah adakalanya tidak mempunyai permulaan, pertengahan, klimaks dan penyelesaian. Ia seperti lintasan-lintasan ingatan melalui khayalan, soliloke, kenangan, angan-angan, imbas kembali, sorot balik dan imaginasi para wataknya.

Plot Berbilang
Plot berbilang ialah sebuah karya yang mempunyai plot yang banyak. Ia adalah sebahagian dari plot dasar yang penampilannya dibuat melalui sudut pandangan watak-watak yang berlainan yang terdapat dalam karya. Sebagai contoh, dalam sebuah karya itu terdapat lima orang watak iaitu A, B, C, D dan E. Peristiwa pertama disampaikan menerusi sudut pandangan watak A, peristiwa kedua menggunakan sudut pandangan watak B, peristiwa ketiga menggunakan watak C dan seterusnya. Setiap peristiwa saling berkaitan dan jika salah satu peristiwa ditiadakan maka aliran flow cerita akan terputus dan tidak ada kesinambungan.


TEKNIK PENYAMPAIAN PLOT
Terdapat 10 teknik tertentu yang sesuai digunakan untuk membantu pembinaan plot.

Kenangan
Kenangan dan memoir ialah ingatan pada peristiwa masa silam atau masa lalu yang tidak dilupakan walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. 

Soliloke
Teknik penuturan secara kuat oleh seseorang watak di atas pentas ketika dia bersendirian sama ada bercakap untuk dirinya ataupun untuk orang lain tetapi percakapan ini dapat didengar oleh khalayak. Isi percakapan ini berselari dengan aliran ingatan dan kenangannya yang bertali arus. Namun, ingatan dan kenangan ini pula boleh berubah-ubah dari satu peristiwa kepada peristiwa yang lain dengan bebas dan tidak terkawal.

Khayalan
Khayalan, angan-angan dan fantasi merupakan satu jenis pelarian ingatan dalam fikiran seseorang disebabkan tidak berpeluang atau terlalu mustahil untuk mencapai apa jua hajat, hasrat, impian dan cita-cita yang menjadi matlamat hidupnya. Dalam karya fiksyen, khayalan dan angan-angan boleh dijadikan satu plot besar cerita dengan menggunakan teknik suspens dan thriller. Oleh itu, pembaca akan merasa dirinya tertipu oleh pengarang selepas mengetahui semua yang berlaku adalah khayalan dan angan-angan si watak sahaja dan bukan terjadi secara realiti.

Insiden
Insiden @ peristiwa kebetulan adalah kejadian yang berlaku tanpa diduga atau dirancangkan terlebih dahulu. Kemunculannya bagaikan tiba-tiba sahaja. Pengarang menggunakan insiden dan peristiwa kebetulan disebabkan idea yang terbatas atau mungkin juga kerana pengarang mahu membuat jalan singkat yang lebih mudah dan tidak komplikated.

Sebab-Akibat
Seluruh pembinaan plotnya bergantung kepada insiden sebab dan akibat yang berlarut-larut dan berangkai-rangkai. Teknik ini merupakan cara mudah atau jalan pintas untuk membina urutan, insiden dan penyelesaian dalam cerita. Dengan lebih tepat satu-satu insiden atau peristiwa disebabkan sesuatu perkara yang timbul dan akan terjadi lagi insiden lain yang bertali arus hingga ke hujung penyelesaian.

Imbas Kembali
Menghadirkan kembali keseluruhan satu episode, peristiwa dan insiden yang berlaku pada masa lepas ke dalam masa kini menerusi ingatan kembali seorang watak dalam karya. Dengan kata lain, seperti membuat pengguntingan pada sesebuah artikel dan ditampalkan pada tempat tertentu dalam bentuk dan keadaan asal.

Klimaks
Kemuncak sesebuah urutan dan pembinaan plot yang biasanya diisi dengan peristiwa yang terpenting dalam karya seperti pendedahan komplot jahat atau perlawanan antara watak protagonis dan antagonis untuk menemukan penyelesaian plot.

Penyelesaian
Penyelesaian ialah penamatan plot atau cerita sesebuah karya. Terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan sebagai membantu penyelesaian.

  •  Penyelesaian Tergantung
Iaitu selepas peristiwa klimaks, pengarang tidak memberitahu apa-apa lagi dan terus ceritanya tamat di situ. Ia bagaikan penyelesaian yang belum selesai atau terhenti secara mendadak.
                           
  •          Penyelesaian Deus ex Machina
Suatu penyelesaian yang menggunakan pertolongan dan bantuan kuasa takdir, kuasa Tuhan yang tidak diduga sebelumnya.
                               
  •         Penyelesaian Melodramatik
Ianya kombinasi 'melodrama', bermakna lagu atau nyanyian berdrama. Pembentangan aksi yang emosional dan berlebih-lebihan dalam mendedahkan rasa bersalah, terharu dan sebagainya berhubung dengan suatu tragedi yang membawa kepada penyelesaian cerita.
                              
  •         Penyelesaian Dramatik Ironi
Khalayak mengetahui lebih banyak tentang seseorang watak dalam karya dari watak-watak dalam karya itu sendiri. 
                            

Post a Comment