SELAMAT DATANG

Navigation : My Bloggie



Assalamualaikum . . .


BISMILLAH







"AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)!

Tooltips Background 1 Tooltips Background 2 Tooltips Background 3

PENULISAN KREATIF

L I K E
Assalamualaikum! Kami dari kumpulan 2 akan mengendalikan blog ini untuk ANDA semua :)


ULASAN BAB 1 & 2

Bab 1 : Mulanya Di Sini



Pada bahagian permulaan, Dr. Fatimah Busu banyak memerihalkan latar belakangnya sebelum dan sehinggalah beliau berjaya menjadi penulis tersohor seperti hari ini. Namun secara keseluruhannya, pengarang cuba menasihati pembaca untuk tidak mudah berputus asa sebaliknya bangkit dan percaya bahawa peluang itu pasti ada. Beliau juga menyentuh beberapa garis panduan sebagai permulaan untuk menjadi seorang penulis, antaranya termasuklah :

* Wawasan 
Perlunya wawasan untuk menjadi batu loncatan dan kesungguhan menjadi lebih baik dan berjaya.

* Kriteria yang Perlu Ada pada Penulis
1) Bakat.
2) Pengetahuan, ilmu dan intelektualiti.
3) Kesempurnaan pancaindera  (melihat, mendengar, taste).
4) Kepelbagaian tabiat seperti sense of humor, sensitif, peka.
5) Kaya dengan pengalaman-pengalaman hidup.
6) Jiwa seni yang semula jadi.
7) Imaginatif, mudah membayangkan sesuatu.
8) Kemahiran, kepakaran, kreatif
9) Ketahanan fizikal, ketahanan mental, ketahanan psikologi.
10) Bermoral, berhemah, berwibawa.
11) Bersyukur, ada impian, ada wawasan.
12) Jujur dalam karya.

Beliau menegaskan bahawa kriteria yang disenaraikan di atas tidak bermakna hanya sebanyak itu sahaja jumlahnya. Ada banyak lagi kriteria yang perlu ada pada seorang penulis kreatif yang dimiliki hanya secara peribadi dan yang khas.

  Beliau juga menyatakan beberapa masalah-masalah penulis kreatif yang terdiri daripada dua iaitu masalah di luar diri dan masalah dalam diri. Kedua-dua bahagian ini juga memiliki subtopik-subtopik kecil yang penting untuk pembacaan pembaca. Berikut adalah pecahan kepada dua bahagian masalah-masalah penulis kreatif :

* MASALAH DI LUAR DIRI
1) Cabaran (Nasib : Persaingan).
2) Hubungan Sesama Manusia.
3) Persekitaran (Tempat tinggal, bertugas dan berkarya).
4) Masalah Penampungan Karya (Media cetak).
5) Masalah Bimbingan (Bengkel, kursus dan seminar).
6) Buku-buku Panduan Penulisan Kreatif (Buku tidak banyak)
7) Keperluan Material (Kewangan).

* MASALAH DI DALAM DIRI
1) Bakat (Perbezaan usaha antara yang berbakat besar             dengan yang sederhana).
2) Pengetahuan Sampingan (Kekurangan idea).
3) Pembawaan atau Peribadi (Ego dan emosional).
4) Sensitif (Bersifat terbuka dengan karyanya).
5) Malas (Sifat membuang masa)
6) Keraguan (Rendah diri dan tiada keyakinan).
7) Gangguan (Komitment lain).

Bab 2 : Bakat



Menurut Dr. Fatimah Busu, pada umumnya bakat dapat dikategorikan dalam dua jenis iaitu : bakat biasa dan bakat alam.

* Bakat Biasa
   Bakat biasa dapat didefiniskan atau disamakan dengan minat atau kesukaan. Lazimnya datangnya daripada keinginan dan tarikan seseorang dalam bidang seni tertentu. 

* Bakat Alam 
     Terdiri daripada dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.  Faktor dalaman biasanya menyentuh pengalaman hidup seseorang penulis di tengah keluarga. Ianya merangkumi pengalaman dan ruang kehidupan penulis atau kehidupannya yang berliku-liku, berwarna-warni dan turun-naik.

  Faktor luaran pula didorong oleh tiga perkara iaitu pekerjaan (suasana persekitaran dan ragam manusia), desakan (kebangkitan untuk bersuara) dan kesedaran budaya (Mempertahankan jati diri dan kesedaran).

Demikianlah perincian mengenai bab 1 dan bab 2 yang terkandung dalam buku Penulisan Kreatif ini. Dr. Fatimah Busu dilihat cuba berkongsi ilmu dan berdasarkan pengalamannya untuk dijadikan panduan kepada bakal penulis. Beliau juga begitu gigih menyediakan kesemua initipati penting ini dalam muatan sebuah buku demi perkongsian bersama.


Post a Comment