SELAMAT DATANG Assalamualaikum . . . BISMILLAH "AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)! PENULISAN KREATIF
|
ULASAN BAB 5 : SUMBER IDEA & INSPIRASI
Bab 5 Sumber Idea dan
Inspirasi
Idea atau ilham merupakan penggerak minda seseorang dalam menjadi insan yang kreatif dan lain daripada yang lain. Idea diperlukan oleh semua orang dalam semua bidang seperti penulis, pengarang karya, kontaraktor atau penggiat seni samada lukisan, tarian, muzik dan lakonan. Malah, tukang masak sendiri memerlukan idea atau inprirasi bagi mencipta resipi-resipi baru dan berlainan daripada masakan sedia ada.
Sumber idea dan inspirasi dapat dikatakan berasal daripada 2 sumber iaitu:
Bagaimana seseorang penulis mengumpul dan mengaplikasikan idea di dalam penulisannya?
Antara sumber idea dan inspirasi yang dapat digunakan ialah:
1. Pengalaman kehidupan peribadi melalui mimpi, perjalanan hidup seseorang dan pemerhatian terhadap pesakit penyakit kronik.
2. Zaman kanak-kanak seperti kasih sayang daripada keluarga, komunikasi dengan adik beradik dan rakan sepermainan.
3. Zaman remaja, sebagai contoh kisah cinta monyet dan peristiwa yang dapat memberi pengajaran terhadap semua pembaca.
4. Alam ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna.
5. Kesedaran budaya melalui mempamerkan tradisi sesebuah bangsa.
6. Misteri dan keajaiban, sebagai contoh kejadian bencana alam atau fonemena alam.
7. Sumber daripada mitos dan lagenda seperti cerita klasik cerita dongeng, cerita rakyat dan penglipur lara.
8. Karya fiksyen dari luar negara melalui pengamatan teknik kepengarangan yang berbeza.
Tuntasnya, perkara-perkara yang dibincangkan di atas merupakan asas kepada seseorang penulis kreatif agar mereka tidak terjerumus ke arah penciplakan karya orang lain. Kejujuran penting bagi seseorang penulis dalam menghasilkan penulisan kreatif mahupun akademik. |
Post a Comment