SELAMAT DATANG Assalamualaikum . . . BISMILLAH "AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)! PENULISAN KREATIF
|
BAB 4 PENGETAHUAN SAMPINGAN
Dalam entri bab 4 ini, pengarang menekankan tentang status pendidikan penulis-penulis yang tersohor di Malaysia mahupun di luar negara adalah bukan daripada golongan-golongan berpendidikan tinggi jauh sekali seorang mahasiswa sebuah universiti. namun, bukan status pendidikan seseorang penulis yang menjadi fokus utama pengarang, tetapi pengarang ingin sampaikan bahawa penulis-penulis sebegini, mereka mempunyai ilmu khusus dalam hidup masing-masing. mereka punya ilmu sendiri yang mengajar diri mereka sendiri untuk menjadi seorang yang intelektual. Apakah 'ilmu sendiri' yang dimaksudkan pengarang ? Itulah yang dimaksudkan dengan pengetahuan sampingan
Menurut pengarang, secara lazimnya pengetahuan dan pengalaman sedia ada dalam diri kita ini dapat dikategorikan kepada tiga tingkat:
Pertama: Tingkat yang terendah yakni yang paling rendah yang tidak berguna walaupun kepada diri sendiri. Kalau ia dijadikan karya, karya itu tidak dapat dimanfaatkan, tidak memantulkan apa-apa, hanya untuk memenuhi ruangan yang di khaskan semata-mata
Kedua: Tingkat pertengahan, yakni tingkat pengetahuan dan pengalaman yang boleh diterima seadanya. Inilah tingkat kebiasaan sebahagiaan besar penulis yang baru mencuba-cuba menulis. Ini bererti sudah ada sedikit ilmu atau pengetahuan atau 'perkara' yang termuat dalam karyanya.
Ketiga: Tingkat terkeatas, yakni peringkat yang menemukan keberkesanan dalam karya, yakni segala pengetahuanyang diterapkan serta pengalaman diri itu, menampilkan keintelektualan yang dapat dimanfaatkan oleh khalayak seperti mendapat satu pengetahuan baru bahawa karya itu sudah boleh ditempatkan antara karya-karya yang baik, unik dan mengandungi nilai-nilai tertentu yang dapat disumbangkan kepada orang lain, kepada perkembangan dan kesusasteraan juga kepada dunia.
Antara tujuan utama mempunyai pengetahuan sampingan ini iaitu:
i) mencipta kedalaman
ii) memasukkan elemen arketaip (tipainduk)
iii)menerapkan kesap tersirat/implikasi
Secara lumrahnya, melalui pengetahuan sampingan, banyak implikasi yang terselit dalam karya-karya yang terhasil. Antaranya:
- agama
- falsafah
- politik
- psikologi
- sosial
Untuk menghasilkan implikasi-implikasi ini secara berkesan, sudah pasti seseorang penulis harus mempunyai ilmu yang tinggi tidak kira secara langsung mahupun secara tidak langsung, suatu fakta mahupun pemerhatian kendiri. Hal ini kerana sesebuah karya yang berjaya adalah hasil daripada teknik implikasi yang berkesan yang mana secara tidak langsung dapat memaku pembaca untuk terus mengikuti setiap hasil karyanya. Kesimpulannya, bukanlah taraf pendidikan yang menjadi ukuran agung sang penulis. Bukan juga pengalaman semata yang menentukan kejayaan sesebuah karya, tetapi dengan gabungan keduanya, pasti sebuah karya mampu berada di ambang kegemilangan sastera.
|
Post a Comment