SELAMAT DATANG Assalamualaikum . . . BISMILLAH "AWAK BOLEH TUKAR BACKGROUND KAT SINI! SILA PILIH ;)! PENULISAN KREATIF
|
BAB 3: KESEMPURNAAN PANCAINDERA
Di dalam bab 3 ini pengarang menerangkan tentang apa itu pancaindera. Menurut pengarang pancaindera ialah deria lihat, pandang, tengok, deria hidu, deria dengar, deria rasa menerusi sentuhan (dengan menggunakan anggota badan selain lidah) dan deria rasa (taste) dengan menggunakan lidah. Selain itu, pengarang juga menyentuh tentang kepentingan pancaindera kepada seseorang yang bergelar penulis.
1) Deria Lihat
- Imej
- Imej Warna
- Imej Bentuk
- Imej Sifat dan Rupa
- Imej Jenis
- Imej Gerak
- Bergerak-gerak
- Dimensi
- Latar Tempat, Masa, Suasana
- Flora dan Fauna
2) Deria Dengar
- Kesan Spontan
- Kesan Naluri
- Pelengkap Latar Suasana
- Flora dan Fauna
- Kepercayaan Dongeng atau Superstition
3) Deria Penghiduan
- Kesan Spontan
- Daya Pembangkit
- Imej Objek
- Sebagai Identit Objek
- Unsur Suspens
4) Deria Rasa-Sentuh
- Keadaan Bentuk
- Keadaan Rasa
5) Deria Rasa
Deria Lihat
Menyentuh kepada subtopic deria lihat, pengarang membahagikan ia kepada beberapa bahagian yang mana diperlukan oleh seorang yang bergelar penulis seperti imej. Imej adalah sesuatu objek yang perlu penulis kenal pasti warna, bentuk, sifat dan rupa, jenis dan gerak.
Hal ini yang demikian, penting kerana seorang penulis haruslah menerangkan sesuatu perkara atau objek yang hendak diperkatakan dengan lebih jelas tidak kira dari segi warna atau bentuk untuk memberikan kesan yang mendalam kepada pembaca. Disamping, memberikan peluang untuk pembaca mengimaginasikan dan membayangkan tentang apa yang ingin penulis sampaikan. Begitu juga dengan subtopic dimensi yang diterangkan oleh pengarang. Dimensi penting bagi membantu pengarang melihat sesuatu objek dari pelbagai sudut untuk mengulas dan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca. Walau bagaimanapun, pengarang juga ada menerangkan tentang latar tempat, masa dan suasana. Menurut pengarang, untuk menampilkan semua aspek latar dengan sempurna memerlukan kemampuan deskriptif yang mahir dengan berpandukan deria lihat. Oleh itu, bukan mudah untuk menghasilkan ketiga-tiga latar dengan sempurna lebih-lebih lagi latar tempat di hutan yang terdapat flora dan fauna.
Deria Dengar
Deria dengar menurut pengarang adalah pelengkap kepada obejk, peristiwa dan aktiviti dalam karya. Hal ini yang demikian kerana ia dapat membantu menampilkan unsur audio-visual yang menjadikan karya lebih hidup. Selain itu deria dengar membantu penulis untuk memberi kesan yang tertentu kepada pembaca seperti kesan spontan, dan naluri yang mana diaplikasikan melalui bunyi-bunyian yang ditulis oleh penulis. Di samping itu, deria bunyi juga membantu penulis untuk menjadikan sebuah suasana yang ditulis lebih lengkap dan lebih mendatangkan kesan kepada pembaca lebih-lebih lagi terdapat bunyi-bunyian dari flora dan fauna. Pengarang juga, ada menerangkan tentang kepercayaan dongeng dan superstiton yang mana mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca terhadap sesuatu kaum berkenaan dengan kepercayaan bunyi-bunyian.
Deria Penghiduan
Deria penghiduan atau pembauan menurut pengarang tidaklah sepenting deria lihat dan dengar tetapi ia merupakan salah satu kesan pancaindera yang penting dalam karya. Antara kesan-kesannya ialah:
Deria bau mendatangkan kesan yang penting dalam sesebuah karya kerana ia dapat membantu menerangkan situasi yang spontan sebagai contoh bau-bauan yang tiba-tiba hadir, sebagai daya untuk menarik pembaca membaca karya, dan menerangkan bau-bau objek yang tidak dapat dikategorikan seperti bau asap kenderaan dan kemenyan. Selain itu, ia juga membantu menerangkan lebih mendalam tentang indentiti sesuatu objek seperti membezakan bau bunga melur dan mawar dan juga membantu mendatangkan unsur suspen dalam karya.
Deria Rasa-Sentuh
Deria rasa atau sentuh ialah deria yang boleh dilakukan dengan semua anggota badan dan juga tidak terbatas kepada mata, teliang, dan hidung. Deria ini juga mempunyai fungsi di dalam karya yang mana mampur membantu menampilkan unsur-unsur seperti kedaan bentuk dan keadaan rasa. Apa itu keadaan rasa. Keadaan rasa ialah penampilan sesuatu objek yang lazimnya pada bahagian permukaan atau luaran seperti kasar dan licin. Seterusnya, keadaan rasa pula ialah 'rasa' apabila sesuatu objek itu terkena pada salah satu anggota tubuh dan akan menghasilkan rasa seperit sakit, sejuk dan rimas.
Deria Rasa
Deria rasa juga merupakan deria sentih tetapi terdapat sedikit perbezaan iaitu ia hanya dapat dirasa oleh lidah sahaja. Lazimnya, ia melibatkan perkara yang yang boleh dimakan seperti buah-buahan dan ubat-ubatan dan seterusnya akan mengahasilkan rasa seperti masam, masin, pahit dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai figuratif. Ia juga dijadikan sebagai elegori yang sudah tiada kaitam dengan rasa yang dalam pengertian asalnya seperti 'penderitaan itu singguh memahitkan.
------------> Demikianlah hasil pembelajaran dan pemahaman mengenai bab 3 dalam buku hasil karangan dan penulisan Fatimah Busu. Diharap segala ilmu yang baik dapat kita kongsi bersama, InsyaAllah. |
Post a Comment